Gambar di “LAMAN SOSIAL FACEBOOK” jadi barang sihir

~ Dipetik dari  jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)

Kawan/sahabat saya merupakan ahli perubatan Islam, rakan seguru saya yang sedang belajar di UPSI ( Universiti Penguruan Sultan Idris). Beliau telah terpanggil untuk merawat seorang muslimah yang kerasukan di kolej kediaman. Selepas rukyah dan dibakar JIN yang menganggunya akhirnya ketua JIN muncul.

Maka sesi soal jawab pun bermula dan JIN tersebut akhirnya mengaku kalah.

Apabila diarahkan mengambil barang sihir, ianya amat memeranjatkan semua yang hadir semasa melihat rawatan itu, ketua JIN mengaku barang sihir tersebut adalah gambar yang diambil di dalam laman “FACEBOOK”.

Sahabat saya menyuruh JIN meninggalkan badan muslimah itu. Kemudian ibu bapa pelajar itu datang untuk bawa berubat di kampung halamannya. Mudahan pelajar itu cepat sembuh. Semoga pembaca budiman dapat ambil pengajaran daripada pengalaman perubatan Islam ini. Berhati-hati memuat naik (upload) gambar di laman web sama ada FB, MS, Twitter dan seibu bapanya. Semoga Allah lindungi kita dari syiatan yang dilaknat dan kita janganlah mencari penyakit..

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
“Janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaaan”

CARA MENGUSIR GANGGUAN JIN

Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan Jin

Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.
Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya ” Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah”
Membaca Ayat2 Ruqyah : Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18, Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

Cara selepas Zaman Rasullulah SAW

Zaman Imam Ahmad: Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.

Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin.

Hal dalam menangani gangguan Jin.

Langkah-langkah Pencegahan Mengikuti Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Contoh : – Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat – Tilawah Qur’an – Ta’alim – dsb

Sedikit nasihat dari ADMIN: Sekiranya anda ingin meletakkan gambar di mana-mana laman sosial termasuk MalaysiaRia…pastikan gambar anda itu tidaklah mendedahkan aurat yang ‘terlampau’ dan gambar anda itu tidak menampakkan keseluruhan badan (penuh dari kepala hingga ke kaki)…pastikan gambar itu separuh sahaja…kita tidak tahu hati manusia walau pun ia adalah kawan baik kita rambut sama hitam tetapi hati Tuhan sahaja yang tahu…jadi sentiasalah berwaspada dengan setiap perbuatan kita…tapi kami tahu kawan-kawan di MalaysiaRia ini semuanya baik-baik belaka…sekian