Dirogol jin punca wanita kahwin lewat?

Wanita yang berkahwin lewat, adalah rahsia yang sering tidak didedahkan. Mungkin banyak tafsiran, kononnya disihir dengan sihir pelalau iaitu sihir jenis melewatkan perkahwinan gara-gara dendam bekas pasangan atau lelaki yang ditolak lamarannya. Tetapi kes tersebut terlalu kecil. Maka apakah kes yang besar di sebalik wanita lewat berkahwin?



Teringat satu babak drama, antara liriknya: “Kau rogol je doktor tu, sebab dia mesti malu nak repot polis..”



Inilah yang ingin ana bincangkan melalui pengalaman merawat dan juga pengalaman mendengar masalah. Kisah ini akan digabungkan dari masalah bekas pesakit wanita agar tiada kena mengena dengan sesiapapun.



Mengikut statistik jumlah pesakit wanita yang mengadu hal dirogol jin, rata-rata semuanya wanita yang lewat berkahwin. Ana mengesyorkan, semua perempuan wajib nikah sebelum usia 25 tahun agar tidak diganggu. Umur 25 tahun adalah umur maksimum kerana ada kes, wanita umur 22 tahun juga sudah mengalami hal ini.



Sebelum itu, ana ijazahkan doa yang bersanad.


Doa Kecewa Kerana Putus Cinta, Tak dapat Harta Pusaka, Tak Dapat Kontrak, Tak Menang Kerusi parlimen dan semua jenis kesedihan termasuk kerana dirogol. 


Dibaca setiap lepas solat berserta dengan maknanya sekali

 .

“Ya Allah, aku ini adalah hamba-Mu, putera dari hamba-Mu, selanjutnya putera dari umat-Mu. Ubun-ubunku berada dalam genggaman-Mu, menerima segala putusan-Mu, dan memandang adil apa juga hukum-Mu. Aku mohon dengan asma apa juga yang Engkau sebutkan terhadap diri-Mu, atau Engkau turunkan pada kitab-Mu, atau pernah Engkau ajarkan kepada salah seorang di antara makhluk-Mu, atau Engkau simpan dalam perbendaharaan ghaib dari ilmu-Mu, agar Al-quran itu Engkau jadikan kembang hatiku, cahaya dadaku, pelenyap duka dan penghilang susahku.” (Hadis Riwayat Ahmad, Hakim dan Ibnu Hibban dan dihasankan Hafiz dalam Takhrij Al-Azkar, disahihkan Al-Albani)



PERINGKAT AWAL: Setiap malam wanita ini akan mengalami masalah di datangi oleh lembaga hitam pada awal kedatangannya. Biasanya isyarat awal ialah:


PERINGKAT AWAL: Setiap malam wanita ini akan mengalami masalah di datangi oleh lembaga hitam pada awal kedatangannya. Biasanya isyarat awal ialah:


a. tidur selalu ditindih,
b. ternampak kelibat dan
c. sering merasai ada sesuatu apabila tidur.



Situasi seperti tidur dengan keadaan seksi lebih mudah sebenarnya mendapat amaran awal ini. Selain itu, ia dapat dirasai apabila wanita itu tidur dalam:
a. keadaan tapak tangan terbuka
b. Tidur kaki terkangkang
c. Tidur seorang diri



PERINGKAT PERTENGAHAN: Pada malam-malam tertentu, kelibat ini sudah berani muncul. Biasanya badan berbulu (seperti hantu raya). Ketahuilah, ada nas mengatakan jin itu badan berbulu melalui pengalaman sahabat nabi melihat jin mencuri kurma zakat. Maka  yang berbulu bukan semestinya hantu raya. Sebagaimana petanda peringkat awal tadi, kali ini lebih agresif dan sudah pandai melawan. Antara kesan yang dapat dilihat selepas bangun pagi:


a. Badan letih (kerana berlawan kudrat ketika ditindih)
b. Ada kesan lebam
c. Ada juga kes anggota seperti tangan atau kaki bercorak batik.
d. Jin main guli
e. Jin tiup-tiup di telinga



Pada peringkat pertengahan, wanita ini biasanya berumur antara lingkungan 26-30 tahun. Mereka ini mula hilang minat pada perkahwinan kerana sudah terlalu matang dan berkerjaya dan menganggap, tiada guna bersuami kalau diriku mampu mencari duit sendiri.


Bergantung pada kekuatan iman tahap gangguan ini. Di sini ana jelaskan, tak semestinya Muslimah sahaja yang diganggu, ada juga mukminat yang diganggu dan lebih 50% adalah mukminat. Maksud mukminat di sini ialah wanita yang alim, ustazah atau yang kuat agama. Kenapa terjadi demikian? Bukanlah ia ujian Allah, tetapi wanita itu sendiri seorang yang kurang agamanya. Maksud ana, ada cuti dalam sebulan yang membuatkan mereka ini meninggalkan solat yakni kedatangan haid. Bak kata pemuda, “tak kan aku nak cari perempuan sosial, mestilah aku nak bakal isteri yang baik-baik”. Di harap bahasa kiasan ini dapat difahami.



PERINGKAT AKHIR: Pada peringkat ini iaitu usia antara 29-40 tahun, lembaga berbulu tadi sudah berani menunjukkan muka dan memulakan sumbang songsangnya (iaitu bersetubuh dengan makhluk bukan jenisnya). Jin akan merogol wanita berkenaan. Wanita tidak lagi berdaya melawan kerana sudah penat dengan kerenah ini bertahun-tahun lamanya. Akhirnya wanita tadi membiarkan sahaja. Pengalaman dirogol biasanya:


a. Terasa khayal dan lazat
b. Tidak bercumbuan, cuma bersetubuh.
c. Klimaks atau basah kerana mencapai puncak kenikmatan persetubuhan.
d. Ada sesetengah kes, wanita ini mengandung dan terasa ada anaknya dari alam jin. Malah ketika ini, jin itu menjelma dalam bentuk lelaki yang tampan kerana wanita itu sudah mula sayang kepadanya. Tapi kes ini adalah kes kecil.



Pada peringkat akhir ini, berlangsung bertahun-tahun hingga wanita itu lupa untuk mencari teman hidup. Apabila menyedari umur sudah 40-an, mula terasa sunyi, tiada anak, tiada suami. Waktu usia begini sudah tentu tiada siapa jejaka mahu lagi kecuali duda atau suami orang. Kalau ada jejaka yang berminat, mungkin juga kerana wanita ini seorang yang berkarier dan berada. Jika tidak berkarier dan berada? Wallahu alam

Rawat Sendiri


Ada juga yang minta tips bagaimana menghindarinya. Kebiasaannya ana akan berikan panduan iaitu:

a. Berwuduk sebelum tidur


b. Baca Al-Fatihah dan Kursi sebelum tidur.


c. Dalam kedudukan baring, tadahkan tanganmu seolah berdoa, baca 3 Qul (Qul huwallah, Qul Auzubirabbil Falaq dan Qul Auzubirabbinnas) kemudian hembus ditapak tangan dan sapukan ke seluruh tidur.


d. Jangan lupa pasang mp3 ayat quran (surah al-Baqarah paling disyorkan) atau ayat ruqyah sebelum tidur.


e. Sewaktu datang bulan, hendaklah berzikir 1000 kali sehari semampunya. Tak perlu zikir yang susah, cukup sekadar zikir mudah seperti subhanallah atau alhamdulillah atau allahu akbar.


f. Jika didatangi juga ketika sudah buat semua amalan tadi, hendaklah azan apabila diganggu. Jika lidah kelu, azan sahaja dalam hati. Insya allah.



Perawat Islam tidak mampu berbuat apa walaupun sudah pagar rumah sekalipun, pasti diganggu jika tidak buat perkara di atas.



Teringat kisah salah satu pesakit ana, seorang amoi mengambil keputusan, tidur memeluk al-Quran kerana gangguan agak reda dan tidak ganas. Malangnya, amoi tadi belum dapat hidayah untuk masuk Islam. Semoga dia mendapat hidayah dari Allah.


Anda ada masalah yang sama dan malu bertanya? Itulah jawapannya. – sumber

Mesti baca:

1). Panduan menghantar artikel ke MR kalau sudi berkongsi (klik sini) – ini penting supaya anda tidak tersalah hantar.