MalaysiaRia

Martabatkan bangsa dengan ilmu..

Mata Wang Ringgit Malaysia Sekarang

 

 

Sejarah Wang Kertas Malaysia

 

Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967 mengandungi jenis nilai $1, $5 $10, $50 dan $100. Wang kertas jenis $1,000 dikeluarkan pada 2 September 1968. Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia dan ditandatangani oleh Gabenor BNM Tun Ismail Bin Mohamed Ali. Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM dan dihiasi dengan bentuk geometri

 


Sempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama. Contohnya perkataan "SA-PULOH" ditukarkan kepada "SE-PULUH" pada muka depan wang kertas jenis nilai $10. Pada tahun 1976, langkah keselamatan tambahan iaitu imej pendam (latent image) telah digunakan dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut.

Pada awal tahun 1982, wang kertas yang dikeluarkan ditandatangani oleh Gabenor BNM baru Tan Sri Aziz Bin Hj Taha. Pada 1 September 1982, BNM telah mengeluarkan 2 jenis nilai baru $20 dan $500. Wang kertas baru pada keseluruhanya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia. Tera air kepala harimau pada muka depan siri lama telah digantikan dengan potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama. Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicetak dengan sketsa bangunan atau mercu tanda penting di ibu kota. Saiz ukuran wang juga lebih kecil berbanding dengan wang kertas siri terdahulu.

Pada Februari 1996, BNM telah memperkenalkan RM2 (wang kertas Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia,RM). Justeru mata wang jenis nilai RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 turut diperkenalkan dan direka dengan ciri-ciri keselamatan yang baru. Selepas krisis ekonomi pada tahun 1998, RM500 dan RM1000 telah diberhentikan pengunaannya.

 

 

Mata Wang Ringgit Malaysia Dahulu (Dalam Kenangan)

 

 


 


Views: 1245

Reply to This

Replies to This Discussion

Klu ada sesiapa ada gambar wang ringgit malaysia yg lama2 bolehlah kongsikan di sini

Duit gambar pokok pisang masa pemerintahan Jepun dulu bole tak Ida.....

kalau ada info tentang wang syiling pula boleh juga dikongsi bersama........

yg menarik pasal wang syiling adalah tahun keluarannya/cetak/bikin hehe

yg menarik duit siling 5 ringgit...kawan x ada...
mata wang sa-puluh rgt tu ada 2 versi tk silap saya..pertama di belakangnya jika dilihat pd cahaya ada gbr harimau dan yg kedua gbr agong..

yang ada gambar kijang putih laghiiiii mahal........bank negara tgh mencharinyer...

 

saya ada duit se-puluh watermark agong( siap ada sengkang)- ada sesiapa disini bermnat?- call saya

012 671 0960 - iman shah alam

 

banyak nye duit ida, bagi saya yang nilai rm 1000 blh ke
ada simpan ke.koleksi duit lama2 ni....
Terima kasih dgn info ini

RSS

Ruang Iklan

Semoga sumbangan anda akan menjadikan MR terus hidup!

© 2014   Created by ZamZam Jarkaseh.

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service