MalaysiaRia

Martabatkan bangsa dengan ilmu..

hasiat biji kapsul tunjuk langit untuk Asma,Gout, Resdung, Kencing manis, Darah Tinggi/Rendah,Kolesterol Tinggi dan Migrain. Tunjuk langit juga baik bagi Gangguan Haid, Susah Tidur, Sakit-sakit Sendi, Stroke ringan, Keletihan, Sembelit, Buasir, Alahan Kulit dan banyak lagi Penawar asma resdung sesungugut sakit sendi kolesterol tinggi darah tinggi rendah

 BAHAN AKTIF PENTING UNTUK KESIHATAN DALAM BIJI TUNJUK LANGIT


1. FLAVONOIDS - Semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan neningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo Biloba dan Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi dalam buah Tunjuk Langit mengandungi enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti pengoksidaan.

Fungsi-fungsi Utama Flavonoids   .Mengurangkan paras gula dalam darah dan menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.

   .Memperbaiki kelancaran peredaran darah.

   .Menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh badan.

   .Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah.

   .Mengurangkan kandungan kolesterol yang tidak baik dalam darah.




2. SAPONINS - Enzim semulajadi seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Tunjuk Langit dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana meningkatkan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah. Kandungan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjung dunia iaitu herba Ginseng Panax.

        Fungsi-fungsi Utama Saponins


   .Mempertingkatkan daya imuniti tubuh badan.

   .Merangsangkan perembesan insulin dari pankreas.

   .Meningkatkan fungsi pembinaan darah.

   .Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan.

   .Melancarkan sistem saluran pernafasan.

   .Meningkatkan daya penghasilan sperma lelaki.

   .Memperbaiki sistem peredaran darah.

   .Menyah toksid dalam badan (Detoksifikasi)

   .Mengelakkan kemabukan dan keracunan.

   .Mententeramkan fikiran dan otak.

   .Menghilangkan kelesuan minda.

   .Melambatkan proses penuaan.

   .Memperbaiki isomnia.

   .Menguatkan hati.

 

3. BITTER ALKOLOIDS - Adalah unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Biji Tunjuk Langit adalah pahit jika dimakan begitu saja. Rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkoloids yang tinggi di mana ini membuatkan darah di dalam badan terasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

Views: 78

Reply to This

Replies to This Discussion

Tunjuk langit ni ada ke terdapat di Malaysia..? setahu saya di Indonesia mudah nak dapat buah tunjuk langit nie...

Harganya mahal setanding dgn khasiatnya...rasanya mmg amat pahit jika makan terus mcm tu saja....ada alternetif lain cara nak makannya...?

 

Dijadikan serbuk dan beli kantong kapsul dan masukkan kat dalamnya ...... di makan 2 biji sehari
Ada dijual kah ?
Mana cara menggunakannya ?

Dimana saya tinggal sekarang ada pokoknya ..... orang orang sini makan begitu saja .... ya le bukan sebiji penuh ..... tapi seulas dua dalam sehari ..... Ia boleh dimakan begitu saja .... tapi pahit le ..... bagi mereka yang tidak biasa memakan benda pahit seperti Peria .....

 

Pada hema saya bagi mereka yang tidak boleh tahan pahit eloklah mereka kisar/tumbuk buah itu menjadi serbuk (seelok eloknya ditumbuk atau digiling kerana menggunakan mesin kisar ia akan mematikan beberapa jenis enzim yang sensitif pada haba).

 

1) Serbuk itu boleh dijadikan majun (paste type) dicampurkan dengan madu dan dijadikan bentuk bulat guli (ikut suka, asalkan boleh ditelan)

2) Serbuknya boleh dimasukkan kedalam kapsul (boleh dibeli dikedai parmasi) juga mengikut saiz yang boleh diterima tekak ......

3) Dos perubatan sehari tidak melebihi 2gram ...... Kalau melebihi bukan lah dinamakan Ubat .....!

 

Salam sdr, boleh tolong poskannya ke alamat saya seperti berikut;

Peti Surat 17373,

88872 KOTA KINABALU.

 

Pos biasa sahaja lah supaya tak banyak kos, tapi kalau saudara nak claim boleh juga, saya agak tak lah selebih RM50. 00 saya memerlukannya kerana nak bantu kekawan juga termasuk saya dan keluarga.

yang menjadi masalah kat sini adalah manusia menjadikan haq awam sebagai haq mereka sendiri .... maksud saya pokok pokok yang terdapat kat tepi tepi jalan seperti di pantai Morib dan beberapa tempat seperti haq mereka sendiri .... dikatakan semua pokok telah dibook oleh kempulan tertentu walaupau yang ada kat Kolej Mara Banting pun dengar dengarnya telah dibook oleh penggawal ... tidak dibenarkan orang luar untuk datang memungut walaupun yang jatuh dari pokok. Ini lah masalah nya. InshaAllah saya akan cuba berjumpa dengan penggawalnya bila ada kesempatan dan memintak kebebaran jika dpat
wow ... good info ni ... sesuai untuk jane .. :)
tapi ada ka buah tunjuk langit ni,di malaysia?..kalau adapun mesti mahalkan?...

RSS

Ruang Iklan

Semoga sumbangan anda akan menjadikan MR terus hidup!

© 2014   Created by ZamZam Jarkaseh.

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service