MalaysiaRia

Martabatkan bangsa dengan ilmu..

Ada pun masaalah dan soal-soal yang berkenaan dengan :-

                1.  Roh              

                2.    Jiwa ( Nafsu )

                3.  Akal

 
                     Maka tiga perkara yang tersebut itu tidak mendapat keputusan yang muktamad kepada ahli-ahli Falsafah Yunani yang terkenal dan terbilang. Mereka disanjung tinggi oleh dunia kerana daya fikiran mereka sangat tinggi mutunya. Ahli-ahli Falsafah Yunani telah didewa-dewakan dan lebih besar dan lebih tinggi daripada nama-nama  Nabi Nabi dan ahli-ahli Sufi ( Islam ). Itu adalah satu taktik barat meracuni akal fikiran orang-orang Islam sedunia sebagai satu daripada nama Fitnah Dajal Al Masih. Ini otomatik diterima oleh orang-orang Islam yang jahil. Pada hal setelah Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W kembang ditanah Arab melalui tempat pancaran yang bernama Madinah, maka ilmiah yang tidak mendapat keputusan yang muktamad pada para-para Falsafah Yunani dapat melalui ajaran dalam Ilmiah-ilmiah itu yang dikenali hari ini dengan nama-nama ia-itu :-

             1.   Tasauf

             2.   Tarikat

             3.   Maghrifat

                   Tidak sempurna Tarikat tanpa Ilmu Roh ( Rohani )
 
                   Tidak sempurna Tasauf tanpa mengenal Diri ( maghrifat )

                   Tidak sempurna Maghrifat tanpa Tauhid

                    Maka daripada kajian yang tersebut soal-soal Roh dan Jiwa ( Nafsu akal ) bahkan soal-soal Nyawa, Napas Diri, Insan, Hati dan Tubuh Jasad semuanya Ilmiah yang tersebut telah menjadi teks buku sahaja dalam bahasa Arab pada semua bangsa yang menganut Agama Islam. Bahkan juga pada orang-orang Islam daripada keturunan bangsa Melayu. Oleh kerana itulah Semenanjung Malaysia terkenal dengan nama Keramat kerana di mana-mana teluk rantau tanah air kita ada Keramat. Mereka yang menentang Keramat Islam yang ada didalam watan kita ini ialah bilangan dan gulungan tanpa mengetahui Ilmu Tasauf, Ilmu Tarikat dan Ilmu Maghrifat.

                Tiap-tiap Ahli Falsafah mengenal Tuhan dengan akal

                Tiap-tiap Ahli Sufi mengenal Tuhan dengan Roh

                Tiap-tiap orang yang beriman mengenal Tuhan dengan Hati                

                Tiap-tiap orang awam ( SYARIAT ) mengenal Tuhan dengan Taklid

                    Segala apa yang jadi pertikaian yang tidak putus pada ahli-ahli Falsafah Yunan purba itu telah didapati oleh ajaran Islam dengan keputusan muktamad. Dengan pembangunan bangsa dan negara sekarang hanya dengan mengenal Roh, mengenal diri dan mengenal Akal sahajalah yang dapat mengejar kemajuan dunia yang diredhai Allah Ta'ala. Jika tanpa mengenal Roh dan mengenal diri, kemajuan yang dicapai tetap diselaputi dengan nama Dajal Al-Masih.

Views: 52

Reply to This

Replies to This Discussion

Terima kasih...gud info...belajar lah ilmu ini,hanya ilmu ini yang dpt melahirkan insan kamil dan mukmin sejati...pesan bapaku....tapi perlu berguru....tanpa guru seolah belajar dengan syaitan.....

No. 3. Maghrifat ialah Keampunan dari Tuhan.

Salam kebahgiaan pada tuan..

 

Maghrifat itu maksudnya Menenal Allah seperti dalil," Awalluddin Maghrifatullah " yang bermaksud," Awal2 Agama ( Islam ) itu mengenal Allah ".

 

Insya'allah...saya akan sambung tentang tajuk ini pabila saya senang..insya'allah. Harap bersabar.

Wassalm..

huhuhu....dpt dari mana ayat2 d atas...cuba selitkn ckit dari ayat dlm Quran..baru aku boleh..mengiyakn..kalau kena dgn ayat nya.....Tampa dalil dari ayat Quran...adalah....Dusta....

 

nak tunggu bahagian 2

RSS

Ruang Iklan

Semoga sumbangan anda akan menjadikan MR terus hidup!

© 2014   Created by ZamZam Jarkaseh.

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy Policy  |  Terms of Service