MalaysiaRia

Martabatkan bangsa dengan ilmu..

 

Jom kita bincang;

 

1) Apa yang dimaksudkan dengan 'lut'?

2) Apa yang dmaksudkan dengan 'lut cahaya?'

3) Apa yang dimaksudkan dengan 'lut sinar'?

4) Apa yang membezakan sinar dengan cahaya? (update - 22hb Ogos 2010)

 

Minta huraikan ikut tiga step tersebut. Terima kasih..

 

_______________

ZamZam Jarkaseh

Tags: cahaya, makna, sinar

Views: 1739

Reply to This

Replies to This Discussion

zey dalam sains, dapat cukup makan ja dalam SPM..

Salam bro zmang..

Itu baru 'lut', kemasukkan 'lut cahaya' dan 'lut sinar' tak ada lagi?
Hehehe..

_______________
ZamZam Jarkaseh

Saya kurang pasti ini, tetapi saya menemukan kata 'lut sinar' dalam istilah sains digunakan untuk cermin muka(tidak tembus cahaya), dan 'lut cahaya' pula digunakan untuk cermin tembus(jernih).

Siapa boleh pastikan ini?

Pernah juga dihebohkan dalam sebuah penerbitan akhbar tempatan satu ketika dahulu tentang jaket 'lut sinar' yan diharuskan untuk polis yang mengawal lalu-lintas. 'Lut sinar' di situ merujuk kepada jaket yang memantulkan cahaya. Saya juga tak pasti, apa kesudahan debat tersebut.

Persoalannya adalah; adakah penggunaan perkatan tersebut selaras dengan pengguaan umum masyarakat? Sesiapa yang ada maklumat atau pandangan, minta dkongsikan

_______________
ZamZam Jarkaseh

Apakah benar istilah 'lut sinar' itu dalam sains digunakan untuk cermin yang tidak tembus(mcm cermin muka)? Ada sesiapa, cikgu atau sebagainya untuk sahkan perkara ni? Saya sendiri pun confuse..

_______________
ZamZam Jarkaseh
Cadangan jawapan

1. Lut adalah tembus, keupayaan jisim yang boleh ditembusi sebarang cahaya.

2. Lut Sinar adalah penembusan cahaya yang tidak mengubah objek. Misalnya apabila kita dapat bentuk asal dari sebalik jisim tersebut maka jisim tersebut bersifat Lut Sinar. Contoh lutsinar adalah kaca yang permukaannya rata / lengkungan yang rata (cermin kereta, kaca mata, botol rata, cermin pintu atau tingkap seperti dalam rumah lut sinar ciptaan kawan kita tu he he he...)

3. Lut Cahaya - ialah jisim yang membolehkan caha menenbusinya - tetapi tidak membenarkan bentuk asal objek tersebut diketahui. Misalnya cermin tingkap kelabu, plastik kelabu, kain nipis, atau). Ringkasya apabila kita dapat melibat sebarang cahaya dari sebalik jisim tersebut itu ialah lut cahaya.

RUMUSAN : Sebarang bende yang boleh ditembusi cahaya ialat bersifat LUT. Kalau ada bentuk = SINAR, kalau ada cahaya tapi tiada bentuk = CAHAYA..

Sumber : Cikgu sekolah rendah 1971
Assalamualaikum mbah Yot. Terima kasih kerana sudi merespon..

Saya cuba jelaskan balik apa yang saya faham dari penjelasan mBah ye.. Saya memang begitu, mahu jelas dan mahu memahami keadaan tersebut, jadi itu memungkinkan saya bertanya banyak soalan untuk faham. Harap mBah tidak jemu dengan pertanyaan saya ye..

1. Lut adalah tembus, keupayaan jisim yang boleh ditembusi sebarang cahaya.

Lut - sesuatu objek yang boleh ditembusi oleh jisim lain, seperti cermin kereta(jernih) ditembusi cahaya, seperti kain sarung ditembusi air.

2. Lut Sinar adalah penembusan cahaya yang tidak mengubah objek. Misalnya apabila kita dapat bentuk asal dari sebalik jisim tersebut maka jisim tersebut bersifat Lut Sinar. Contoh lutsinar adalah kaca yang permukaannya rata / lengkungan yang rata (cermin kereta, kaca mata, botol rata, cermin pintu atau tingkap seperti dalam rumah lut sinar ciptaan kawan kita tu he he he...)

Lut Sinar - objek yang boleh ditembusi cahaya( atau sinar? atau sinar dan cahaya merujuk perkara yang sama?) tanpa mengubah bentuk objek yang menembusinya. Misalnya, cermin rata yang ditembusi cahaya.(tidak termasuk cermin cengkung atau cembung, kerana cermin cengkung/cembung akan mengubah bentuk cahaya menjadi menyebar(cermin cekung) atau menyatu(cermin cembung)). Kalau tak salah, dalam BI disebut 'transparent'

3. Lut Cahaya - ialah jisim yang membolehkan caha menenbusinya - tetapi tidak membenarkan bentuk asal objek tersebut diketahui. Misalnya cermin tingkap kelabu, plastik kelabu, kain nipis, atau). Ringkasya apabila kita dapat melibat sebarang cahaya dari sebalik jisim tersebut itu ialah lut cahaya.

Lut Cahaya - objek yang MASIH membenarkan cahaya menembusinya tetapi bentuk atau muatannya cahaya berubah kesan dari melalui proses melalui objek lut cahaya itu tadi. Contoh, cermin berwarna(tinted). Dengan penjelasan lain; jika saya berada di sebalik cermin berwarna tersebut dan masih boleh melihat(kerana masih terdapat sebahagian cahaya yang menembusi objek lut cahaya tadi) itu bermakna cermin tersebut dikelaskan sebagai lut cahaya.

Itu yang saya faham dari penjelasan mBah. Jika salah tolong betulkan. Soalan saya setersunya; jenis cermin muka yang juga digunakan untuk buat teropong kapal selam dikelaskan dalam kumpulan mana? Adakah cermin ini membenarkan sebahagian cahaya melaluinya, atau langsung tidak ada?

Apa perbezaan cahaya dengan sinar, atau kedua-duanya merujuk perkara yang sama?
Saya tidak pasti ini, tetapi kalau tak salah saya, dalam sains cahaya dan sinar merujuk perkara yang berbeza. Nanti saya double check perkara ni semula..

_______________
ZamZam Jarkaseh
1. Masalahnya kita ni hanya orang biasa je.... he he he... sepatutnya perbincangan ini disertai oleh "ahli" dalam bidang ini....jadi ke"sah"an pendapat masih boleh sangat dipertikaikan... tapi tak apalah ... untuk seronok-seronok dan meningkatkan keupayaan minda kita,, setakat yang mbah tau... mBah try la...

2. Dalam buku sains versi BI.... cahaya disebut sebagai Light... iaitu merujuk kepada cahaya putih (?)atau cahaya dari salah satu atau kombinasi sekurang2 kurang nya 2 warna dari warna pelangi. Manakala sinar dirujuk kepada "ray" yang biasanya dikaitkan dengan "X-ray, Beta Ray, Gamma Ray.... dan macammacam nama lagi yang mBah tak tau nak sebut....ada juga sinar yang dihasilkan dari aktiviti bahan radioaktif..dan juga.sinaran ultra ungu...."... cikgu/i Fizik ..tooolong... Tajuk Lut sinar dan lut cahaya ni hanya berkait dengan istilah "light" sahaja (dan tidak berkaitan dengan tajuk "ray").

3. Secara saintifiknya, sudut cahaya (light) akan membias apabila perubahan ketumpatan / kepadatan jisim.... sebab itu wujudnya kanta....yang membiaskan cahaya objek menjadikannya kelihatan lebih besar atau lebih kecil.... Dalam konteks lut sinar / cahaya tadi.... apabila pembiasa berlaku terlalu bercelaru... maka cahaya dari pantulan objek tadi akan turut bercelaru hingga objek tadi tidak dapat dikenali...jadilah bahan itu lut cahaya... dan begitulah sebaliknya berkaitan lut sinar tadi.... (panjang sangat kalau nak cerita kat sini...)

4. Mengenai cermin muka (atau sebarang cermin pembalikan - side mirror kereta, dll) pula ini jawapannya. ehem ehem.....

Untuk kita melihat... kita memerlukan (a) cahaya (b) objek (3) ketiadaan penghalang "legap" dan (d) mata yang berfungsi..... is ish ish jadi panjang sangat nih...

(a) Cahaya.... ialah suatu tenaga yang bergerak dengan sangat cepat dari sumber .... contoh cahaya matahari...

(b) Objek.... objek yang bersifat memantulkan cahaya akan dapat dilihat.... objek yang memantulkan semua 7 warna/cahaya pelangi akan kelihatan berwarna putik.... objek yang hanya memantulkan warna biru ... akan kelihatan berwarna biru..... objek yang memantulkan cahaya biru dan hijau akan kelihatan berwarna seakan-akan kuning.... kalau objek itu tidak memantulkan cahaya.... kita akan melihatnya sebagai objek berwarna hitam .........

Objek yang sangat rata dan memantulkan semua cahaya... akan memantulkan bentul asal sumber sahaya.... misalya apabila kita melihat lilin melalui cermin muka pada waktu malam hari.... sifat cermin muka adalah = memantulkan 100% cahaya dengan sedikit sangat pembiasannya....

(c) Ketiadaan penghalang cahaya....sifat cahaya ialah bergerak lurus dan terbias pada keadaan tertentu..... udara adalah lit sinar.... hampagas adalah lutsinar dan kaca jernih juga lutsinar...semua ini bukan penghalang cahaya.... kita akan dapat melihat bentuk asal (hampir asal) melalui objek lutsinar.... dan kita akan melihat cahaya sahaja jika melihat objek melalui objek lutcahaya.... itupun bergantung kepada berapa banyak penembusan cahaya atau berapa kompleksnya pembiasan berlaku.

Dalam kes cermin muka.... sebenarnya .... cahaya memantul sebanyak 2 kali.... cahara dari sumber (matahari siang) memantulkan pertama kali pada objek.... janggut kita contohnya.... kemudian memantulkan buat kali kedua pada cermin muka..... sebab itu kita melihat janggut ada dalam cermin muka....

Cermin kapal selam amat kompleks.... beberapa pantulan berlaku....sekurang-kurangnya 3 kali... sekali pada objek (kapal musuh di permukaan air)... sekali pada cermin atas... dan sekali pada cermin bawah.... tetapi teropong hari ini mempu membesar.... atau memfokus objek... sebab itu teropong (bukan digital) menggunakan banyak cermin muka dan cermin kanta untuk memenuhi keperluan tentera....

Satu lagi.... jika kita amat-amati betul-betul.... kita akan melihat 2 objek bila kita melihat cermin... ini adalah disebabkan pembalikan berlaku 2 kali.... pertama pada permukaan cermin.... kedua permukaan perak di belakang cermin (cahaya asal telah terbias pada sudut tertentu...)... lebih tebal kaca... maka lebih jauhlah jarak objek yang kita lihat...

(d) Mata....keupayaan mata seseorang adalah berbeza.... tidak semestinya warna biru yang kita lihat itu sama dengan warna biru yang orang lain lihat..... ada orang melihat jingga... sakit mata.... padahal objek yang sama ... elok je orang lain tengok.... persamaan yang dicapai hanyalah persetujuan budaya.....bende ni hijau.... daun... misalnya.... tak salah juga kalau kita sebut daun tu warna biru... sekiranya semua masyarakat melihatnya sebagai biru..... kes ini sama juga dengan nilai-nilai kehidupan.... dulu wanita pakai seluar....janggal..... hari ini ok jer....

Cikgu Fizik.... sekali lagi mintak tolong.....

RUMUSAN : Sebarang bende yang boleh ditembusi cahaya ialat bersifat LUT. Kalau ada bentuk = SINAR, kalau ada cahaya tapi tiada bentuk = CAHAYA..

Maaf, tadi tak terbaca rumusan, dan kelihatan rumusan ini menjawab soalan perbezaan antara lut sinar dan lut cahaya. Ok, yang itu ok, sambung jawab dengan soalan yang lainnya(cermin muka)..

_______________
ZamZam Jarkaseh

Hehehe.. saya rasa mbah menjawab banyak keluar dari konteks soalan, kerana tu jadi panjang. Hehehe.. Tapi saya faham juga la, mungkin mBah merasakan penjelasan lain itu perlu bagi memahamkan jawaban yang hendak diberikan berdasarkan soalan. Tetapi mbah cuba fokuskan kepada soalan ye mbah dan yang lain itu biar kita selusuri perlahan-ahan dan satu per satu..

2. Dalam buku sains versi BI.... cahaya disebut sebagai Light... iaitu merujuk kepada cahaya putih (?)atau cahaya dari salah satu atau kombinasi sekurang2 kurang nya 2 warna dari warna pelangi. Manakala sinar dirujuk kepada "ray" yang biasanya dikaitkan dengan "X-ray, Beta Ray, Gamma Ray.... dan macammacam nama lagi yang mBah tak tau nak sebut....ada juga sinar yang dihasilkan dari aktiviti bahan radioaktif..dan juga.sinaran ultra ungu...."... cikgu/i Fizik ..tooolong... Tajuk Lut sinar dan lut cahaya ni hanya berkait dengan istilah "light" sahaja (dan tidak berkaitan dengan tajuk "ray").

Kebetulan perkara ini memang ada dalam fikiran saya, dan saya memang perlukan penjelasan. Sungguh, saya memang nak tau. Tetapi sebaiknya kita tangguh dahulu, sebaliknya kita fokus dahulu pasal lut sinar dan lut cahaya.

3. Secara saintifiknya, sudut cahaya (light) akan membias apabila perubahan ketumpatan / kepadatan jisim.... sebab itu wujudnya kanta....yang membiaskan cahaya objek menjadikannya kelihatan lebih besar atau lebih kecil.... Dalam konteks lut sinar / cahaya tadi.... apabila pembiasa berlaku terlalu bercelaru... maka cahaya dari pantulan objek tadi akan turut bercelaru hingga objek tadi tidak dapat dikenali...jadilah bahan itu lut cahaya... dan begitulah sebaliknya berkaitan lut sinar tadi.... (panjang sangat kalau nak cerita kat sini...)

Mbah, kita fokus yang ini ye mbah.. Ok, cantik penjelasa ini. Penjelasan ini bertepatan dengan cermin jernih( atau transparent) sebagai lut cahaya. Bermakna, cermin jernih adalah objek pembias yang bercelaru, kerana itu kita tak dapat melihat imej wajah sendiri dengan jelas, alasannya kerana cahaya yang dipantulkan dari cermin ke mata bercelaru. Betul ke begitu?

Cermin muka pula dikelaskan sebagai lut sinar, alasannya kerana kita dapat melihat wajah kita sendiri dengan jelas, kerana pantulan dari cermin ke mata kita berlaku secara tetap(tidak bercelaru). Tetapi saya ada sedikit kekeliruan di sini - sebb saya tak melihat cermin muka sebagai pembias, kerana fungsi pembias adalah melepaskan cahaya, sedangka cermin muka tidak membenarkan(betulkan saya jika salah) cahaya menemusinya 100%. Adakah sifat 'memantulkan dengan tetap'(tidak bercelaru) itu, tanpa memiliki sifat membias cahaya dengan tetap sudah memadai cermin muka diketegorikan 'lut sinar'?

Penerangan mbah no 4 dan selanjutnya, saya rasa itu lebih kepada penerangan lain seperti cara pantulan cermin (yang tidak begitu berkait dengan soalan sebelumnya) dan sebagainya. Bagus sebagai info juga. Terima kasih sangat, tapi saya jadi bimbang pula kalau mbah nanti merasa 'jenuh' nak menjawab kerana terlalu panjang. Saya semakin suka dengan perbincangan ini, dan kalau boleh mbah fokus kepada soalan supaya tidak terlalu menyebar(nanti mbah jemu, hehehe..). Kita buka persoalan satu persatu, insyaallah kita akan sampai isu yan mbah sebutkan.. Hehehe, terlalu bersyarat ke saya ni mbah? Harap tak la.. Saya betul-betul nak tau dari sudut sains, dan saya pun merasa yakin mbah boleh jelaskan dengan fakta-fakta yang mbah ada..

_______________
ZamZam Jarkaseh

sambung..

Atau mungkin cermin muka tidak tersenarai dalam kelas lut cahaya(tranpsarent) atau lut sinar(translucent). Kerana apa yang saya faham dari penjelasan mbah, lut sinar masih membenarkan cahaya menembusinya(hanya berubah bentuk spt valuenya kurang atau sbgnya..), sedangkan cermin muka tidak membenarkan?

_______________
ZamZam Jarkaseh

Mbah,
Mbah lupakan posting saya yang lalu, kerana cara keterangan saya agak samar dan ada sedikit kekeliruan(tidak selaras denga penjelasa mbah). Tapi kita biarka di situ sebagai sisipan ilmiah. Ok, kita mulakan semula dengan persoalan yang dibawah ini;

Mbah wrote:
3. Secara saintifiknya, sudut cahaya (light) akan membias apabila perubahan ketumpatan / kepadatan jisim.... sebab itu wujudnya kanta....yang membiaskan cahaya objek menjadikannya kelihatan lebih besar atau lebih kecil.... Dalam konteks lut sinar / cahaya tadi.... apabila pembiasa berlaku terlalu bercelaru... maka cahaya dari pantulan objek tadi akan turut bercelaru hingga objek tadi tidak dapat dikenali...jadilah bahan itu lut cahaya... dan begitulah sebaliknya berkaitan lut sinar tadi.... (panjang sangat kalau nak cerita kat sini...)

Keterangan mbah tu akan jadi begini;

Lut Sinar (A)
A2) Trasparent
A3) Membenarkan cahaya menerusinya 100%(atau hampir 100%)
A4) Membias secara tetap, atau sama bentuk/nilai dengan yang asalnya
A5) Memantul secara tetap, atau sama bentuk/nilai dengan yang asalnyanya (ni mcm bertentangan dengan A4)
A6) Contoh objek? Pengamatan saya, tidak dapat ditemukan contoh yang bersamaan

Lut Cahaya (B)
B1) Translucent
B2) Mengubah bentuk cahaya yang melaluinya(jauh dari 100%)
B3) Memantaul secara celaru(tidak tetap), atau mengubah bentuk/nilai dengan yang asalnya
B4) Membias secara celaru(atau tidak tetap), atau mengubah bentuk/nilai dengan yang asalnya (mcm bertentangan dengan B3)
B5) Contoh objek? Pengamatan saya, tidak dapat ditemukan contoh yang bersamaan
Saya merasakan ada kekeliruan fakta di atas

Kita lihat pula penjelasan mbah yang ini;
Objek yang sangat rata dan memantulkan semua cahaya... akan memantulkan bentul asal sumber sahaya.... misalya apabila kita melihat lilin melalui cermin muka pada waktu malam hari.... sifat cermin muka adalah = memantulkan 100% cahaya dengan sedikit sangat pembiasannya....

Dan, saya rasa penjelasan mbah yang ini lebih lebih mudah difahami jika saya jelaskan begini;

C) Jika ia(objek) pembias yang baik(hampir 100%), ia akan jadi pemantul yang tidak baik.
D) Jika ia(objek) pembias yang tidak baik(sangat jauh dari 100%), ia akan jadi pemantul yang baik.

Dan, saya merasakan fakta ini lebih bertepatan jika dibandingkan dengan kekeliruan yang saya tandakan di atas(A4 dengan B4).

Jika diralat kembali berdasarkan fakta C dan D, jadi A dan B akan jadi begini;


Tetapi dengan fakta ini, saya akan kembali bertanya(untuk kita hasilkan rumusan jawaban), apakah C lut sinar, atau D lut sinar? Apa yan saya tahu dari 'pohon bergoyang', D adala lut sinar dan contohnya adalah cermin muka, jaket memantul cahaya polis traffic.

Dan jika kita menggunakan fakta ini, maka A dan B saya ralat kembali jadi begini;

Lut Cahaya (A)
A2) Transparent
A3) Membenarkan cahaya menerusinya 100%(atau hampir 100%)
A4) Membias secara tidak celaru (lebih tetap), atau sama bentuk/nilai dengan yang asalnya
A5) Memantul secara celaru (tidak tetap), atau berubah bentuk/nilai dengan yang asalnyanya
A6) Contoh objek? Plastik atau cermin jernih seperi cermin kereta, etc..

Lut Sinar (B)
B1) Translucent
B2) Mengubah bentuk cahaya yang melaluinya(jauh dari 100%)
B3) Membias secara celaru (tidak tetap), atau mengubah bentuk/nilai dengan yang asalnya
B4) Memantul secara tidak celaru (lebih tetap), atau tidak mengubah bentuk/nilai dengan yang asalnya
B5) Contoh objek? Jaket pantul cahaya polis traffic, cermin muka etc..

Hehehe, macam betul dah ni...

_______________
ZamZam Jarkaseh
perhhh mmg pening jugak ni

RSS

Ruang Iklan

Semoga sumbangan anda akan menjadikan MR terus hidup!

© 2014   Created by ZamZam Jarkaseh.

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service