MalaysiaRia

Martabatkan bangsa dengan ilmu..

Seseorang bertanya kepada saya...bagus ke prospek kerjaya sebagai jurukimpal?

Saya jawab ..."tak tahu". Tapi teringat kepada satu sesi motivasi kepada pelajar sekolah tidak lama dulu.... ada seorang bekas pelajar sekolah berasrama penuh....kerjaya beliau (masa itu) ialah jurukimpal di pelabuhan Pasir Gudang Johor...., gaji...(kalau betul dan dia tak tipu) katanya RM14K - 17K sebulan dengan kerja hanya beberapa jam sahaja sehari...

Jika pembaca ada maklumat.... boleh dikongsi di sini....antara persoalan saya...

1. Apa dia maksud "Kemahiran Jurukimpal Tahap / Gred 1, 2 ,3 ,4 dan seterusnya"... bagaimana ingin mendapatkannya.

2. Apa prospek kerjaya jurukimpal ini di Malaysia / luar negara....

3. Saya ada melayari internet dan ada sesetengah iklan menyatakan keperluan mengikuti kursus adalah "kepujian dalam matematik atau matematik tambahan" dan ada yang lain hanya "lulus SPM" sahaja... mengapa begitu besar perbezaannya...

 

Terima kasih...

 

Tags: Bimbingan, jurukimpal, kerjaya

Views: 1890

Reply to This

Replies to This Discussion

 

Bergantung kepada akademi yang menanjurkan kursus tu kott.. Jadi gred atau kualiti juga berbeza. Contoh politeknik(sekarang u ye?) ada menganjurkan, vokasional juga ada menganjurkan kursus yang sama. Dah tentu syarat kelayakannya juga berbeza..

Sekadar terfikir dan tidak merujuk kepada mana-mana fakta..

 

_______________

ZamZam Jarkaaeh

 

jurukimpal ni byk grade... mybe grade yg lg tinggi tu, risiko nyer lg besar.. cth nyer jurukimpal yg kejer di offshore, risiko tinggi sbb tue gaji tinggi... kemahiran pun mesti tinggi nk kejer kt ctu..
gaji yg tinggi sbagai jurukimpal ni slalunya utk underwater..sbb banyak safety procedure yg dia kena lulus..lps tu kena ada diving certificate..kos kursus diving for underwater engineering spt underwater inspection,welding & lain2 kalo xsalah lebih kurang RM60 000.. ada kwn buat part time underwater engineering kt penang port..skali menyelam+welding 1jam RM300-500..so kalo rajin seminggu dia leh dpt paling kurang pn RM5000..masyuk tu..tp kerja tu amat berisiko..
Mengikut pemahaman Tokwan, kalau nak ikut kursus tu melalui IKBN dan Giatmara hanya perlu lulus SPM saja, sebab ia hanya diiktiraf sebagai "sijil" saja, tapi kalau nak ambik Diploma, kena la ada kepujian tertentu.

Actually kerjaya juru kimpal ni memang byk kategori....

Biasanya jurukimpal bagi projek oil & gas....memang mempunyai pendapatan yg tinggi....dan risiko kemalangan juga tinggi.

Jadi biasanya utk mencapai tahap tertinggi.....kebiasaan nya jurukimpal2 ini terpaksa melalui peperiksaan utk mendapatkan sijil/certificate....

Sebagai maklumat....Pihak Majlis Amanah Rakyat(MARA) ada menyediakan kursus kimpalan....Dan byk lagi badan2 ...seperti ILP,petronas....yg menyediakan kursus tersebut.... 

 

di cidb juga ada menyediakan kursus kimpalan. then take green book. 

mcm adik kwn saya yg amik green book kat cidb, dia dpt pljr terbaik n dpt offer dr company luar negara untuk welding dsar laut. gaji kira2 dkt rm6++++ sebulan.

wallahualam..

 

p/s: dia lepasan sek teknik, then masuk giat mara n then baru kursus kat cidb

RSS

Ruang Iklan

Semoga sumbangan anda akan menjadikan MR terus hidup!

© 2014   Created by ZamZam Jarkaseh.

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service