MalaysiaRia

Martabatkan bangsa dengan ilmu..



SHARING IS CARING:


Masih ingat lagi cara memegang ‘steering’ yang betul?
Syabas kerana anda bijak memandu. 
Anggap ‘steering’ kereta kita umpama sebuah muka jam. Maka kedudukan tangan yang selamat adalah pada kedudukan pukul 10 dan pukul 2. (Sila rujuk gambar).
Ada juga yang biasa memegang pada pukul 9 dan pukul 3. Boleh diterima, mengikut keselesaan masing-masing.



Mengapa kedudukan pukul 10 dan pukul 2 begitu penting?


Ia adalah kerana dalam keadaan kecemasan, kita hanya mempunyai kurang dari ½ saat untuk bertindak secara berkesan. Oleh yang demikian, kawalan sepenuhnya akan menentukan kestabilan kenderaan kita agar tidak mudah terbabas. Ingatlah bahawa kedudukan tangan yang betul akan membawa kebaikan berikut:


- menyelamat nyawa ketika kecemasan.
- mengawal kereta secara stabil bila berlaku kemalangan atau terbabas.




Nasihat PDRM: Memandu dengan cara yang berhemah. Pegang ‘steering’ pada kedudukan pukul 10 dan pukul 2.  Berhati-hati di jalan raya demi keselamatan orang yang tersayang. 

Views: 704

Reply to This

Replies to This Discussion

Laaa, saya ingatkan macam ni

_______________

ZamZam Jarkaseh

Tangan kiri tu dah kira cantik dah tu...kol 10 hehehe

Kedudukan kaki ok, ida?

_______________

ZamZam Jarkaseh

Yah...kaki dah tak sampai... nak wat camner...tapi gaya dah cantik dahhh    

Yups..teknik yang betul memegang stering...

erkk, klu gtu kena ubah tebiat aku la yg selalu pukul 5 je nih., tgn kiri plak buat ngurut2 batin tu.. hadehh..,

dulu masa belajar ingat.....tapi sekarang ikut je keselesaan tgn ........apa pun info berguna...amalkan

kalau cara santai...tangan kanan pegang stereng sebelah atas....tangan kiri peganglah apa apa kat kusyen kiri tu....

pas tu caner lak cara memegang tombol gear..tambah2 lak gear yg ORI 

Kalau jalan jauh, posisi macam ni, sangat memenatkan tangan yg asyik pegang lama2 kan???

benar...benar... nak2 yang dah biasa dengan pukul 9 - 12 atau 12 - 3

RSS

Ruang Iklan

Semoga sumbangan anda akan menjadikan MR terus hidup!

© 2014   Created by ZamZam Jarkaseh.

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service