MalaysiaRia

Martabatkan bangsa dengan ilmu..

sitibaru5

Siti Nurhaliza Pun Berdarah Mamak?

India Muslim adalah mereka yang berketurunan India dan beragama Islam. Tamil, Kerala, Punjabi, Sindhi, Mahratta, Hydrabad dsb tergolong dalam India Muslim.

Di Malaysia, majoriti India Muslim bertutur dalam bahasa Tamil. Justeru itu terma India Muslim lazimnya ditujukan kepada mereka yang bertutur dalam bahasa tersebut.

Di Malaysia, India Muslim juga dikenali sebagai Mamak, DKK (Darah Keturunan Keling), Keling dan Jawi Peranakan.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, Zainuddin Mydin, Siti Nurhaliza binti ‘Thaarudeen’, Hakim Haidar Mohd Noor, Ahmad Nawab, Akbar Nawab, P Ramlee, Man Bhai, Tan Sri Elyas Omar, Tan Sri Abul Hassan, semua mereka adalah dari keturunan India Muslim.

Tan Sri CM Yusuf, speaker pertama parliament Malaysia adalah mamak. Begitu juga pengerusi tetap UMNO Tan Sri Sulaiman ‘Ninam’ Shah. ‘Ninam’ adalah singkatan untuk ‘Naina Mohamed’.

Bekas Ketua Menteri Sabah Dato Haris Salleh dan Musa Aman, Ketua Menteri Sabah hari ini adalah mamak. Mereka bukan dari keturunan Pushtun, Pakistan atau Yemen.

tun mahathir

Bapa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah India Muslim, dan Tun Abdullah Badawi juga dari keturunan mamak disebelah bapa. Begitu juga dengan isteri Perdan menteri pertama Malaysia, Toh Puan Sharifah Radziah Syed Alwi ‘Barakbah’. Malah Tunku sendiri berdarah campuran Siam dan mamak. Bapa Anwar Ibrahim juga seorang mamak.

anwar dan bapanya                                                                                                                                                                       (Anwar Dan Bapanya)

Kassim Ahmad dan Farish Noor, dua intelek Melayu ini juga berbapakan mamak. Tan Sri Muhammad Noordin Sopiee adalah mamak. Munir Majid adalah mamak yang fasih berbahasa Tamil. Tengku Adnan Tengku Mansor juga mamak.

Perlu dijelaskan di sini tentang gelaran ‘Syed’ dan ‘Sheikh’ di pangkal nama. Di kalangan India Muslim, gelaran Syed atau Sheikh adalah perkara biasa, samalah juga dengan ‘Shah’ dan ‘Khan’. Nama-nama ‘Melayu’ seperti ‘Chik’, ‘Tamby Chik’ dan ‘Keling’ sememangnya nama mamak.

Ramai penduduk kampung percaya bahawa mereka yang bergelar Syed dan Sheikh berasal dari negeri Arab, dan Syed pula dikaitkan dengan ‘keturunan nabi’. Kepada penduduk kampung, gelaran-gelaran tersebut membawa erti tersendiri.

Menyedari ketaksuban orang Melayu dengan gelaran dan keturunan ‘Arab’, maka itu terdapat sebilangan India Muslim yang mengaku, atau tidak menafikan kalau mereka dianggap sebagai orang Arab (Yemen).

Hari ini, terdapat ramai Syed dan Sheikh di kalangan orang Melayu, walaupun pada hakikatnya mereka ini hanyalah ‘mamak’ yang dikitar semula.

Dalam kelompok elit Melayu, ramai yang beranggapan bahawa Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari berasal dari Yemen, tapi sebenarnya keluarga beliau berasal dari India. Begitu juga dengan Tan Sri Elyas Omar, bekas datuk Bandar Kuala Lumpur – beliau juga adalah dari keturunan mamak.

Gelaran ‘Shah’, walaupun jarang digunakan dalam nama-nama Melayu, tapi amat sinonim dengan raja. Sultan Azlan Shah dan Raja Nazrin Shah umpamanya. Shah bukan berasal dari negeri Arab. Ia berasal dari Parsi (Iran) dan dibawa ke negara ini menerusi pengaruh India Muslim.

Satu lagi nama mamak yang biasa kita dengar ialah ‘Maricar’. Sebenarnya nama itu ialah ‘Marikiyaar’. Lama kelamaan ia bertukar kepada ‘Merican’.

Maka itu, mereka yang membawa gelaran ‘Merican’ adalah juga dari keturunan mamak. Walaupun kumpulan ini menggelar diri mereka Jawi Peranakan, tapi pada hakikatnya mereka juga adalah mamak.

Dikalangan orang Melayu, mereka lebih bersedia menerima mamak kalau berasal dari Pakistan. Mungkin kerana Pakistan itu hampir dengan Bollywood, maka ramailah yang mengaku bahawa mereka berasal dari Pakistan.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Harris Salleh dan Ketua Menteri Sabah sekarang dikatakan dari keturunan Pakistan tapi sebenarnya mereka dari keturunan mamak, yang lazimnya bertutur dalam bahasa Tamil.

Mamak terdiri dari pelbagai warna kulit dan raut wajah, dari yang gelap hingga yang berkulit cerah, bermata hijau atau coklat. Kalau berkunjung ke Masjid Kapitan Keling di Pitt Street Pulau Pinang atau Masjid India di Kuala Lumpur pada hari Jumaat nescaya akan dapat menyaksikan kepelbagaian mereka..

India Muslim di Malaysia hari ini boleh dibahagikan kepada:

Mamak yang telah berkahwin dengan orang Melayu dan diiktiraf sebagai Melayu. Susur galur keluarga kelompok ini hanya boleh diketahui dari nama/gelaran seperti Merican, Shah, Syed, Sheikh dsb, atau dengan melihat raut wajah mereka – bentuk hidung dan mata yang bulat.

Mereka yang tidak berkahwin dengan orang Melayu tapi mengamalkan budaya Melayu. Mereka hanya boleh bertutur dalam Bahasa Melayu, dan telah putus hubungan dengan negara asal – India.

Ini termsuklah ribuan mamak di Pulau Pinang, Kedah, Melaka dan di tempat-tempat lain. Cuma DNA sahaja yang menunjukkan asal usul mereka, selebihnya mereka adalah Melayu.

Mereka yang masih lagi dikategorikan sebagai Tamil yang hanya boleh bertutur Bahasa Melayu (pasar). Walaupun sudah putus hubungan dengan negara asal, tapi mereka masih menonton filem Tamil, tidak membaca akhbar Bahasa Melayu dan kurang arif tentang adat resam Melayu.

Walaupun dilahirkan di Malaysia, mereka tak dapat membezakan antara ‘kuih talam’ dan ‘otak-otak’. Ramai anggota KIMMA termasuk dalam kategori ini.

Mereka yang tergolong sebagai Tamil dan tak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu walau Bahasa Pasar sekalipun.

Mereka masih mempunyai talian kekeluargaan yang rapat dengan negara asal. Mereka menonton filem Tamil dan lebih mengetahui perkembangan politik di Tamil Nadu dari politik Malaysia.

Mereka membaca Tamil Nesan dan Tamil Nanban setiap hari untuk mengetahui perkembanagn di Tamil Nadu dan India. Ramai ahli KIMMA tergolong dalam kumpulan ini.

Sebelum tahun 1970, kelompok 3 dan 4 di atas kebiasaanya bersikap prejudis terhadap orang Melayu. Ramai antara mereka bukan warga negara dan menggelar orang Melayu dengan slanga ‘yalayan-katti’. Terma ini dicipta oleh pekerja estet, dan diguna-pakai oleh kebanyakan orang Tamil termasuk India Muslim.

‘Yayalan’ bermaksud dawai, dan ‘Katti’ membawa maksud ‘ikat’. Jadinya ‘yalatan katti’ membawa pengertian ‘seorang yang mengikat dawai’. Apa maksudnya?

Bila getah mula ditoreh di Malaya, pihak British mendapati penorh getah orang Melayu gagal menoreh dengan baik malah lebih banyak mendatangkan kecederaan kepada pohon getah yang menyebabkan hasilnya berkurangan. Berbeza dengan hasil-kerja pekerja Tamil yang dibawa dari India. Sejak itu, orang Melayu hanya diberi tugas membuat kerja yang lebih mudah – mengikat dawai penyangkut cawan ke pohon getah. Dan dari situlah nama ‘valayan-katti’ bermula.

Nama lain yang mereka gunakan untuk orang Melayu ialah ‘naattu kaaran’ atau ‘naattan’ yang membawa erti ‘peribumi’.

Sebelum 1970, kelompok 3 dan 4 di atas memandang sepi (pandang sebelah mata) terhadap orang Melayu. Selepas 1970, dan dengan pelancaran DEB, mamak-mamak ini mula buka mata.

Mereka bergantung harap kepada orang Melayu untuk serba serbinya, khususnya untuk mendapatkan ‘permit kemasukan’ atau mendapatkan status pemastautin tetap. Sebelum pelancaran DEB, tidak ramai golongan ini yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Mereka akan kembali ke India untuk mencari jodoh.

Trend untuk berkahwin di India lenyap setelah kerajaan memperkenalkan dasar DEB. Susulan dari keengganan orang Melayu (kerajaan) memberi ‘permit kemasukkan’ kepada pasangan isteri atau suami yang dikahwini di India, kadar perkahwinan antara mamak dan Melayu meningkat dengan mendadak.

Hari ini, penyerapan mamak dalam keluarga Melayu menerusi perkahwinan kian bertambah, malah bukan asing lagi untuk keluarga mamak bermenantukan orang Melayu.

Pasca 1970, golongan mamak ini menyedari bahawa kuasa politik dan ekonomi telah beralih kepada orang Melayu. Namun, mereka tidak menghadapi masalah dengan peralihan kuasa kerana ramai dari golongan ini yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Speaker pertama Parliamen sebagai contoh – CM Yusuf – adalah mamak.

Walaupun pada mulanya kelompok 3 dan 4 yang tersebut di atas sukar untuk menjadikan diri mereka sebagai orang Malaysia, tapi pada hari ini mereka berlumba-lumba untuk diiktiraf sebagai bumiputra, untuk mendapatkan ‘bin’ dalam sijil kelahiran dan kad pengenalan.

Hari ini, beribu-ribu ahli UMNO keturunan mamak yang taksub memperjuangkan hak orang Melayu. Dalam PAS juga ada mamak yang memperjuangkan Islam (hak Melayu). Hanipa Mydin adalah mamak tulen. Munkin juga Husam Musa ada pertalian darah dengan mamak.

Dalam parti Keadilan, Abdul Rahman Othman juga mamak tulen.

Dalam perkhidmatan awam dan dunia koporat Melayu, terdapat beribu-beribu orang mamak yang terlibat melaksanakan DEB.

Untuk mencari Melayu tulen di Pulau Pinang amat sukar. Selewat dekad 80an, mereka hanya boleh ditemui di Sungai Ara, Balik Pulau dan di tempat-tempat terpencil.

Selain dari tempat-tempat tersebut, DNA mamak adalah satu kemestian. Justeru lahirlah nama-nama ‘chacha’ dan ‘nana’ sebagai rencah Melayu Pulau Pinang.

Sebelum mamak ‘hadir’ di Pulau Pinang, mereka telah lama bertapak di negeri Kedah dan Melaka – sejak zaman Portugis, Belanda dan Inggeris. Ini bermakna DNA mamak di negeri-negeri tersebut semakin berkurangan atau terus terhakis, diserap oleh orang Melayu.

**Beberapa nama yang tertinggal mungkin Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengasas Kumpulan Naza, Tan Sri SM Nasimuddin

**Semenjak isu RCI Sabah mengenai kad pengenalan kepada pendatang asing di negeri itu, puak DAP yang juga keturunan pendatang sibuk memburukan Tun Mahathir sebagai seorang mamak dan sebagainya. Kononnya di mata keturunan pendatang DAP ni mamak tu buruk sangat kot. Justeru, rencana ini tepat pada masanya.

 

Views: 4134

Reply to This

Replies to This Discussion

So...ade msalah ape? 

apa motif esei yg pjg nie?

kerana mamaktulah orang islam memegang tampok pemerintahan di malaysia ni.kerana mamak tulah orang putih tu tau mana letaknya malaysia..saya tabik pada mamak tu..

sekarang ni, time ni aku lepak kat restoran mamak, makan mee goreng mamak.mamak juga yg dicari.

jadi awak ni pon keturunan mamak jugak agaknya.

tak payah nak cerita sejarah yang panjang lebar..... cuma satu slogan saja untuk mereka ini.

HIDOP MAMAK SE MALAYA

x larat nak baca...x kira la mamak ke arab ke melayu ke pakistan ke minang ke...yg penting kita org Malaysia maaa.....

Kalau kita mahu menjadi satu bangsa yang maju, kita perlu bergerak dalam satu bangsa dan bukannya dalam ras-ras dan kaum-kaum berbeza. Dengan cara ini juga, kita dapat menujukkan keindahan Islam dan Islam itu memandang bukan pada diri dan rupa serta harta, tetapi keimanan kita.

politikus bodoh....ape kejadahnya.....yg menulis nieh siapa  dia teringin nak jadi mamak kot......

terbaekkkk....last2 mamak UMNO kena tukar ke...United Malays and mamak National Organisation

Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung....Yang pentingnya kita adalah orang2 mukmin yang bersaudara, Islam ugama kita, Rasulallah SAW nabi kita....

Artikel yang sangat baik, baru aku tahu makna "VALAYAN KATTI" sebab kawan kawan India aku kat estet dulu pernah panggil valayan katti kepada aku , sebenarnya panggilan itu adalah satu penghinaan kerana di estate penoreh getah lebih tinggi mertabatnya dari buruh kasar ladang ie menebas, meracun dan membaja pokok. Gaji mereka in lebih murah sekitar RM15.00 sebulan berbanding penoreh getah yang mendapat RM50.00 sebulan.

ooooo....macam tu ke.. pengetahuan baru..

RSS

Ruang Iklan

Semoga sumbangan anda akan menjadikan MR terus hidup!

© 2014   Created by ZamZam Jarkaseh.

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy Policy  |  Terms of Service