All posts in All Groups

Tutorial: Posting Artikel Baru

Artikel anda hendaklah diletakkan di ruangan forum “Artikel Baru”- Anda dikehendaki melupakan lain2 forum seperti forum Sembang-Sembang Umun, forum Agama, forum Humor ataupun lain2 forum dan tumpukan hanya kepada ruangan forum “Artikel Baru”.  Manakala artikel sensitif seperti Artikel 18SX, Artikel politik dan pula boleh terus hantar di Group2 berkenaan.

Artikel yang mempunyai group terasing adalah

1). Artikel Politik

2). Artikel 18SX

3). Sembang Niaga – mengiklankan / menjual barangan

4). Kaki Wayang / Movie

5). Video dari Youtube atau apa2 video

Sila baca panduannya di bawah.



Pertama, dapatkan borang/form untuk artikel baru. Ada dua cara mudah, iaitu;
A – buton + Add Discussion pada page mainpage (rujuk GAMBAR 1A di bawah) ATAU
B – buton + Add A Discussion pada page forum (rujuk GAMBAR 1B di bawah)

A – buton + Add Discussion pada page mainpage (rujuk GAMBAR 1A di bawah)


ATAU,

B – buton + Add A Discussion pada page forum (rujuk GAMBAR 1B di bawah)

Setelah itu, bolehlah anda mula menaip artikel anda. Untuk anda masukkan gambar dalam artikel anda, sila klik pada ikon gambar. Lihat gambar di bawah ini.

Mudah kan? Selamat mencuba, dan semoga berjaya..

_______________

ZamZam Jarkaseh

Kita tidak dapat mengelak, ada informasi yang penting tetapi dalam waktu yang sama ia bersangkutan dengan kelucahan. Dari sudut informasinya, kita perlu tahu, tetapi oleh kerana informasi tersebut bersangkutan dengan kelucahan, jadi informasi tersebut membawa sekali peristiwa kelucahan yang mungkin melampau dan tidak sesuai ditatap umum. Justeru untuk mengimbangi antara ketelusan informasi dan ekses kelucahan ini, kami membina Kelab 18sx ini

Syarat menjadi ahli:

1) Berumur 18 tahun dan ke atas

2) Terbuka dan sporting

Ini bukan kelab porno, tetapi informasi, humor etc yang bersangkutan dengan lucah yang tidak sesuai untuk tatapan umum. Sila manfaatkan ruang ini sepenuhnya, terima kasih..

Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikam kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi membuat kerosakan.  

Surah al-A’raaf ayat 74

Kaum Tsamud adalah kaum yang dilaknat oleh Allah swt kerana mensyirikkan Allah swt kerana bertindak menyembah berhala. Kaum ini dianugerahkan oleh Allah swt dengan kemampuan dan kemahiran memahat gunung untuk dijadikan istana dan tempat tinggal. Diriwayatkan bahawa mereka menetap di Hijr iaitu nama sebuah kawasan pergunungan yang terletak di persimpangan jalan antara Madinah dan Syria.Dan sesungguhnya penduduk-penduduk kota Al-Hijr(Tsamud)telah mendustakan rasul-rasul

Surah al-Hijr ayat 81

Mukjizat nabi Saleh-seekor unta betina

Seorang nabi telah diutuskan kepada mereka, namun langsung tidak diendahkan oleh mereka. Nabi tersebut diceritakan dalam al-Quran sebagai nabi Saleh as. Nabi Saleh as dianugerahkan dengan seekor unta betina sebagai tanda mukjizat baginda.  Unta tersebut bukan sebarangan tetapi unta ajaib yang ‘lahir’ daripada celahan batuan gunung. Ia diceritakan Allah dalam surah al-Israa ayat 59,

Dan sekali-kali tidak ada yang menghalangi Kami untuk mengirimkan (kepadamu) tanda-tanda (kekuasan Kami), melainkan kerana tanda-tanda itu telah didustakan oleh orang-orang dahuluDan telah Kami berikan kepada Tsamud unta betina itu (sebagai mukjizat) yang dapat dilihat, tetapi mereka menganiaya unta betina itu. Dan Kami tidak memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakuti.

Surah al-Israa ayat 59

Cerita lebih terperinci berkisar tentang mukjizat unta betina ini diceritakan oleh Allah swt dalam surah As-Syu’araa’  daripada ayat 154 sehingga 159.

Tidak mengendahkan seruan nabi Saleh as

Miskipun demikian, kedatangan nabi Saleh as untuk mengajak mereka ke jalan tauhid langsung tidak diendahkan oeh mereka. Malahan, mereka bertambah engkar dan terus menerus mencerca dan mencabar nabi Saleh as. Ia diceritakan Allah swt dalam surah al-A’raaf,

75. Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: “Tahukah kamu bahwa Saleh diutus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?.” Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Shaleh diutus untuk menyampaikannya

76. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: “Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu

77. Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhan. Dan mereka berkata: “Hai Shaleh, datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu kepada kami, jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang diutus (Allah).”

78. Karena itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka

79. Maka Shaleh meninggalkan mereka seraya berkata: “Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat.”

Azab Allah swt terhadap kaum Tsamud yang kufur

Keengkaran dan kesombongan mereka terhadaps seruan nabi Saleh as telah menyebabkan mereka ditimpa dengan azab yang cukup pedih. Kehancuran kaum Tsamud adalah kerana sambaran petir yang mereka saksikan dengan mata mereka sendiri. Petir yang luar biasa dahsyat ini yang menghasilkan bunyi yang cukup keras. Firman Allah SWT yang bermaksud,

Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan.

Surah as-Fushsilat ayat 17

Berikut adalah tinggalan kota kaum Tsamud, semoga umat Islam mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada kaum-kaum terdahulu yang telah dilaknat Allah swt.

Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang yang mempunyai akal; (yaitu) orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu

Surah at-Thalaq ayat 10

Kota ini seperti tidak pernah didiami sesiapa. Bergitu dasyhat azab yang mereka terima akibat keangkuhan mereka.

Ukiran timbul sebuah patung.